Followers

Friday, February 19, 2010

Apa dah jadi

Aku dah tingge kan kampong halaman aku sejak dari tahun 1987..masa tu aku ada krisis dengan Bapak aku..dia suroh aku belajo lagi tapi aku tak mahu belajo,sibok nak keje konon..esok tu dia suroh aku keluar rumah cari keje kat Kuantan..masa tu pulok ekonomi negara kita tak berapa baik...mmg susoh nok cari kerje..tapi akhirnya aku dapat juga keje kat KL.. tapi walaupun doh lama tak balek kampong..kaddang2 ada juga teringatkan kawan2 lama kat sana..ada lagi ke mereka seme tu...rindunya aku kat kampong aku ni...


Bila agaknya warganegara Malaysia kita ni dapat rasa musim SALJI ye.. mungkin dengan perubahan cuaca sedunia tak mustahil negara kita dapat terima SALJI yang macam dalam gambo ni.Mungkin masanya akan tiba juga. Tak payoh le nok gi keluor negara nok main salji yek.Misti orang kita lebih banyok tidoo je..dah biasa panas tetiba cuaca jadi sejuk giler..musim tengkujuh dah takde,musim tu dah pergi ke England pulok..bagi diaorang rasa musim tengkujuh pulook.Bayangkan lah masa dan detik ni salji dah mula turun..kat KL dan bandor2 yang lain diserata negara Malaysia kita dah ditenggelami SALJI setinggi semeter..misti dah ramai rakyat kita nok main luncur...meluncur je..polis trafik tok buleh nak buek apa doohh.. hehehe,misti sonok bila seme bando kat Malaysia dipenuhi SALJI...

Sejarah keluarga

Ikut cerita Bapak aku, Sungei Lembing ni dibuka seawal tahun 1900 oleh orang 'putih' le,masa tu aku takde lagi masih dialam 'Roh'..bapak aku pun belom lahir lagi..ramai juga pekerja2 asing dari Indonesia,Thailand,India datang bekerja disini..samada secara sah atau 'haram' (mungkin) masa itu pun dah ada (pendatang haram,kot)..dipendekkan cerita Bapak aku asal dari Pekan, Pahang..(anak Pahang)(Mustafa Billiard-nama gelaran pasal Bapak aku teror main billiar..datang ke Sungei Lembing ni pada tahun 1953 (agaknya le) bekerja dibahagian injin besar..tahun 1956 Bapak aku kahwin dengan Mak aku..tahun 1958 sampai la tahun 1968 (Kakak2,Abang dan adek beradik aku dilahirkan)..saya dilahir pada tahun 1965.. Mak aku bekerja sebagai Guru..(cikgu Rahmah)..sejak tahun 1957 Mak aku mengajar kat Sg.Lembing tanpa jemu-jemu sampailah dia pencen..begitu juga aku dari lahir sampai dah sekolah rendah hingga menengah sampai habis tingkatan 5 tetap di Sg.Lembing..bila Mak dan Bapak aku dah berpencen kami berpindah ke Pekan..balik kampong Mak Bapak aku..